Tuesday, September 6, 2011

SYAWAL 1432H


Salam Aidilfitri kepada semua.
Alahai hariraya datang kembali... Begitulah rutin kalendar tahunan. Sebagai hamba Allah yang dilengkapi dengan akal fikiran yang sempurna aku enggan biarkan rutin tahunan ini berlalu tanpa sebarang penambahbaikan. Setiap kali Ramadan seluruh rohani dan jasmaniku dibersihkan dengan berpuasa, dengan amalan solat tarawikh, solat tahajjud dan sebagainya. Aku tak ingin jasadku ini hanya cantik lahiriah sahaja. Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang kuat melawan hawa nafsu, komited dengan amalan terhadapMu dan sentiasa berbuat baik sesama manusia. Ya Allah semoga amalan ini juga diikuti oleh ahli keluargaku agar kami sama-sama mendapat redha dan rahmatMu.

Syawal tahun ini banyak cabaran dan kisah suka duka yang terjadi. Hari pertama hari raya, keretaku buat hal, bateri `kong'. Perkara ni telah dijangka semasa servis tempohari tetapi technician kata masih ok. Allah sayangkan kami sekeluarga kerana ia terjadi sesudah solat sunat Aidilfitri di kampungku di Melaka, kalaulah terjadisemasa perjalanan pulang ke Kedah, na'uzubillah. Alhamdulillah sempat beraya di kampung bersama pakcik, makcik dan sepupu-sepupu yang balik bercuti.

Hari raya kedua kami pulang beraya ke Kedah. Cuaca di Kedah agak panas berbanding di Melaka. Agak terkilan sebab ramai ipar duai dah balik ke rumah mertua masing-masing. Namun raya kali ni aku dikejutkan dengan berita sepupuku, Noramfaizul Mohd Nor maut ditembak di Mogadishu, Somalia pada Jumaat malam lepas. Berita ini kuterima semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam dari Kedah. Antara percaya dan tidak aku merujuk ke kampung tetapi ternyata merekapun tiada info, akhirnya Bernama mengesahkan berita tersebut dan seluruh ahli keluarga Allahyarham diselubungi kesedihan. Semoga arwah ditempatkan di Jannah bersama para mukminin. Ingatan kepada diri dan rakan2, ketahuilah mati itu adalah pasti,buatlah persediaan secukupnya untuk diri kita agar dipermudahkan semasa dihisab semasa di akhirat kelak.