
Bertemu rakan lama di PKNS, Shah Alam siang tadi mengimbau kembali zaman persekolahan yang penuh nostalgia. Sebenarnya kami sempat berjumpa semasa Pesta Buku di PWTC pada 25 Mac yang lalu. Cuma kali ini Riza lebih akrab mengenali tempatku bekerja. Aku rindu... rindu yang amat sangat pada zaman kami menghadiri kuliah, lepak di kamsis, berkongsi nasi bungkus, rindu pada aktiviti-aktiviti kami dahulu. Asalnya kami bersekolah di sebuah sekolah agama berasrama penuh yang dihuni oleh pelajar-pelajar 1Malaysia. Ukhuwwah yang terjalin sehingga ke universiti membuatkan kami sering `keep in touch'. Masing-masing dah berkeluarga, membina rumahtangga dan kerjaya. 15 tahun dahulu masa begitu cepat berlalu, fizikal kami turut melewati zaman, usia apatah lagi, zuriat bertambah harmoni namun dalam meniti hidup mendatang aku perlu akui nostalgia takkan berulang. Cuma untuk disimpan di kotak memori, itupun jika dah di`upgrade', kalau tak hilang begitu sahaja. Namun yang kekal buat menemaniku sepanjang hidup adalah dirimu Tuhan, abadi selamanya.
No comments:
Post a Comment