Friday, June 25, 2010

BUKU BARU


Kali ni saya sedang asyik menghabiskan buku baru yang dibeli dari negara jiran ketika kunjungan ke Jakarta, Indonesia baru2 ini. Ada banyak lagi senarai buku yang menunggu. Harapnya saya dapat habisnya segera. Isi kandungan buku memang menarik. Sepanjang membaca buku tersebut, bab demi bab saya semakin mengenali Pak Amien Rais, salah seorang tokoh agamawan yang moderat yang kini mulai terjun ke dunia politik Indonesia.

Ketokohan, keperibadian serta pandangan2 jauh beliau perlu dilihat oleh pemerintah Indonesia bagi membina dan membangunkan negaranya. Rutin dan komitmen beliau terhadap perkara sunat amat saya segani dan patut dicontohi.

I am halfway to finish this book and I feel worth that my hubby bought it.

Wednesday, June 23, 2010

Bercuti ke Singapura





Baru-baru ini semasa minggu terakhir cuti sekolah, anak-anakku bekesempatan bercuti sebab Pak Andaknya menaja flight kami sekeluarga ke Singapura. Ikutkan bajet bercuti rasanya dah tutup buku, last minute punya perancangan. MAnusia merancang, Tuhan jua yang menentukan. Of course anak-anakku begitu seronok walaupun tahun lepas kami dah mengunjungi negara Sang Rajuna Tapa tu. Tapi kali ni gi dengan sepupu-sepupunya, lagi enjoyable.

Cuma kali ni aku discover taxi rules in Singapore are very strict becoz my family have to take 2 taxis to go anywhere, almaklum keluarga ramai. Tapii...kalau kat Malaysia considered sederhana je, 5 orang baru anak aku. Dahlah...pi mana2 semua bertanya, `Are they your children?' Depa agak pelik sebab bila berjalan berderet anak2ku sebab di Singapore, bilangan anak tidak ramai dan dihadkan.

Trip kali ni rasa puas jugak merasa makanan Singapore. Nak membelai-belah agak mahal so soru jelah. Best betul makan murtabak daging Singapura di Restaran Zam Zam depan Masjid Sultan (Masjid tertua kat sana).

Vacation memang interesting. Hope semua anak2 gembira dan start focusing for their studying.

Wednesday, June 16, 2010

Lawatan ke Jakarta/ Bandung





Tanggal 10-13 Jun yang lepas, trip pertama LZS ke Jakarta/Bandung bermula. Lawatan berunsur ziarah ke aktiviti agihan zakat di kota Bandung iaitu Dompet Dhuafa' amat menarik. Ada aktiviti agihan lain yang dilaksanakan di sana berbeza dengan praktik di LZS.

Sebagai kumpulan pertama yang diikuti juga oleh PEngurus Besar LZS dan Dato' Sahibussamahah Mufti Diraja Selangor, Dato' Tamyes, kami begitu teruja dengan sesi lawatan yang penuh mencabar. Ibarat pelajar, sesi lawatan serta membeli-belah amat padat sekali. Tapi..memang seronok. Nak diceritakan tak tergambar oleh perkataan.

Monday, June 7, 2010

Another busy weekend



Alhamdulillah selesai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang malam Sabtu yang lepas. A sweet memory for me for the award. Malam yang penuh nostalgia dan kepenatan. Hubby terpaksa menghadiri mesyuarat manakala aku terpaksa ke Majlis Anugerah. Semua urusan pendaftaran malam tersebut di bawah HR. Afiq anak bongsuku pula tidak sihat, muntah2 dalam perjalanan. Sepatutnya dihantar ke rumah mak Nana (babysitter Afiq lama), tetapi terpaksa dibawa ke KPJ untuk dapatkan rawatan segera. Alhamdulillah dikurniakan suami yang amat memahami dan semuanya diuruskan olehnya.

Sabtu datang lagi. Urusan rumahtangga diselesaikan dan Ahad untuk kami bersama-sama merehatkan minda dan anggota. Semua ke panggung untuk menonton SHREK. Anak-anak begitu teruja kerana kali terakhir kami membawa mereka sejak Afiq masih baby di mana setiap kali menonton Afiq akan tidur dengan lena. This was the first time Afiq in the cinema watching SHREK. At first Afiq pay attention finally he couldn't stand and start making noise, huh....please Afiq, it's gonna finish soon, be calm and patient. We really like the story. Airmataku menitis jugak bila bab-bab sedih SHREK. Hubby kata hendaklah menghargai pasangan atau sesiapa sahaja apatah lagi yang disayangi semasa hidupnya, bila dah tiada barulah ditangisi atau disesali. Oleh itu kita semua sepatutnya menghargai kehidupan yang dianugerahkan kepada kita waimma kita senang, susah dan sebagainya.


Cuti sekolah datang lagi. Satu perkara yang tidak dapat dilupakan ialah koleksi buku semasa cuti sekolah. Biasalah anak-anakku akan dibekalkan dengan bahan bacaan di Taska dan di kampung sepanjang cuti sekolah ini. Main-main juga, harapnya mereka beroleh manfaat dengan pembacaan tersebut terutama sebagai pengisian emosi dan rohani untuk bekalan akan datang. Sering MPH Bookstore tempat kutinggalkan mereka memilih buku2 sendiri. Semuanya kena ada bajet.