

Alhamdulillah selesai Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang malam Sabtu yang lepas. A sweet memory for me for the award. Malam yang penuh nostalgia dan kepenatan. Hubby terpaksa menghadiri mesyuarat manakala aku terpaksa ke Majlis Anugerah. Semua urusan pendaftaran malam tersebut di bawah HR. Afiq anak bongsuku pula tidak sihat, muntah2 dalam perjalanan. Sepatutnya dihantar ke rumah mak Nana (babysitter Afiq lama), tetapi terpaksa dibawa ke KPJ untuk dapatkan rawatan segera. Alhamdulillah dikurniakan suami yang amat memahami dan semuanya diuruskan olehnya.
Sabtu datang lagi. Urusan rumahtangga diselesaikan dan Ahad untuk kami bersama-sama merehatkan minda dan anggota. Semua ke panggung untuk menonton SHREK. Anak-anak begitu teruja kerana kali terakhir kami membawa mereka sejak Afiq masih baby di mana setiap kali menonton Afiq akan tidur dengan lena. This was the first time Afiq in the cinema watching SHREK. At first Afiq pay attention finally he couldn't stand and start making noise, huh....please Afiq, it's gonna finish soon, be calm and patient. We really like the story. Airmataku menitis jugak bila bab-bab sedih SHREK. Hubby kata hendaklah menghargai pasangan atau sesiapa sahaja apatah lagi yang disayangi semasa hidupnya, bila dah tiada barulah ditangisi atau disesali. Oleh itu kita semua sepatutnya menghargai kehidupan yang dianugerahkan kepada kita waimma kita senang, susah dan sebagainya.
Cuti sekolah datang lagi. Satu perkara yang tidak dapat dilupakan ialah koleksi buku semasa cuti sekolah. Biasalah anak-anakku akan dibekalkan dengan bahan bacaan di Taska dan di kampung sepanjang cuti sekolah ini. Main-main juga, harapnya mereka beroleh manfaat dengan pembacaan tersebut terutama sebagai pengisian emosi dan rohani untuk bekalan akan datang. Sering MPH Bookstore tempat kutinggalkan mereka memilih buku2 sendiri. Semuanya kena ada bajet.
No comments:
Post a Comment