



Tak berkesempatan untukku kemaskini blog ini. Bukan mudah rupanya untuk update blog. Jika tiada keazaman, konsistensi dan disiplin masa maka dah tentu jadi macam aku ni..rasanya sibuk sangat. Tapii ada yang maha sibuk tapi masih dapat meluangkan masa untuk update blognya. Aku bukannya Pak Menteri atau siapa2 jua yang terlalu sibuk dengan pimpinan dan masyarakat namun tetap juga sibuk.
Minggu pertama Julai sibuk dengan presentation renewal Takaful Rawat kakitangan. Biasalah sebelum masuk mesyuarat rasa risau dan serba tak kena, alhamdulillah ok semua. Minggu ni jugak ada 2 lawatan serentak ke Bandung dan Kemboja. Selamat berangkat dan mendapat manfaat atas perjalanan tersebut. Minggu ni juga baru anakku Ammar exam pianonya di Hotel Hilton. Alhamdulillah pada sebelah petang sempat kami berjumpa rakan di Makkah yang balik bercuti, CL. Jumpa juga dengan Nazir dan Hj Sofyan dan isteri, Hjh Musalmah di Sahara Tent, Seksyen 9 Shah Alam.
Dah lama tak pi kursus, our unit kena gi bengkel tentang salary, deduction dsb. Bagus jugak bengkel ini, at least dah tahu kira cukai sendiri, kalau tak, key in data, sistem yang buat. Yang bestnya makan di hotel 5 star. MAsa ni tak ingat diet dah, sapu je semua. Hari Sabtu pun kena gi bengkel juga. KAli ni BEngkel MAIS tentang penyelarasan etika MAIS dan anak syarikat. During lunch time singgah ke Hospital DEMC jengok isteri staf dihospitalisasikan, masalah GL, kan hari cuti ofis tutup, kakitangan/ suaminya berada di Kemboja untuk lawatan syarikat. After convincing Bahagian Kemasukan Wad barulah bertolak balik ke rumah. Kesian pulak tengok isteri staf tu, dah sarat mengandung, suami tak ada terpaksa urus diri sendiri, itulah sebabnya kugagahi jua diri ini settlekan masalah GL tersebut.
Finally diri dah terlalu letih, dah start flu mujur doktor prihatin beri MC sehari. Sempat juga menghabiskan buku Bumi Cinta. Wah! best betul buku ni..patutlah pengarangnya begitu terkenal sekali dan hasil tulisannya membuahkan novel2 yang amat menarik, asli dan religious. Dengan MC tu dapatlah berehat walau sebentar cuma untuk menghadapi hari2 seterusnya yang lebih mencabar. My hubby ke Kemboja for a week, aduhhh gimana mahu diuruskan rumah ini? Next week ke Aceh and Singapore. Kadang2 rasanya biarlah aku je yang outstation, hi...hi... Tomorrow, have to start working and thinking. With the new CEO, working without thinking is less value. I'm adjusting to start thinking, planning and strategizing. Moga diberi kekuatan oleh Allah swt.
No comments:
Post a Comment