Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Datang Lagi!



Genap 5 hari lagi bulan Ramadhan bertandang semula. Alangkah sedihnya aku kerana tidak dapat memperbanyakkan amalan di bulan Rejab dan Syaaban tempohari hari.Ya Allah ampunilah hambamu, lunakkanlah hatiku dan mantapkanlah keimananku.

Allah swt sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya, terpulang kepada manusia untuk merebut peluang tersebut. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat, rahmat dan mehnahMu. Ya Allah jadikanlah aku hembaMu yang bijak memanfaatkan setiap detik yang Kau berikan.

Rindu Untuk Berkunjung Ke Tanah Suci

Selalunya dapat juga aku berpuasa di tanah suci, tetapi tahun ini aku memberi laluan kepada suami dan ibuku kerana hendak menjaga 5 permata hatiku. Kerinduan kepada suasana berpuasa di Masjidilharam mula membara apabila melihatkan persiapan mereka yang ingin berangkat menunaikan umrah ke sana. Insyaallah, jika dimurahkan rezeki aku akan ke sana lagi.

Wednesday, July 20, 2011

SEMANGAT DAN AURA POSITIF

Salam buat diri dan semua.

Wah! Agak lama saya tidak menulis. Walaupun begitu di ingatan saya sentiasa ada bahan yang tidak sempat dicatatkan. Saya baru pulang dari Bandung pada Isnin lalu. Betapa saya rindukan Malaysia walaupun pemergian saya ke bumi van Java itu hanya 4 hari. Perjalanan memang mengasyikkan dan menyeronokkan tapi apa nilai tambah yang dapat dikongsikan pada diri. Selain menikmati cuaca segar dan selesa di Bandung, saya amat bersyukur dengan anugerah Allah berikan buat saya sekeluarga sebagai hamba yang dilahirkan di bumi tercinta, MAlaysia. Segala macam kelebihan dan kebaikan di sini. Namun barangan dan kos di sana jauh lebih murah. Insyaallah sekali lagi saya akan ke sana suatu hari nanti bersama serombongan anak-anak dan keluarga.

Kepuasan dan Nikmat Hidup

Bagaimana kita melihat diri, orang lain atau apa-apa situasi yang berlaku? Penting bagi kita melihat dengan positif agar corak hari tersebut dapat merangsang kita melakukan perkara-perkara yang baik dan diminati. Sekalipun kurang minat tetapi bila dimulakan dengan pandangan yang baik sudahpasti kita gembira dan berpuashati dengan hasilnya. Sudah tentu aura yang dibawa memberi kesan kepada suasana sekeliling, rakan-rakan, keluarga dan sesiapa sahaja yang bersama kita pada hari tersebut. Ingatlah hidup itu pasti. Segala yang kita nikmati, yang kita impikan dan kita kejari di dunia ini akhirnya akan ditanya di akhirat kelak. Eloklah kita menikmati setiap saat, minit, jam, hari, bulan dan tahun dengan gembira, tenang dan berpada-pada. Semoga Allah sentiasa merahmati saya dan anda semua.