Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Datang Lagi!



Genap 5 hari lagi bulan Ramadhan bertandang semula. Alangkah sedihnya aku kerana tidak dapat memperbanyakkan amalan di bulan Rejab dan Syaaban tempohari hari.Ya Allah ampunilah hambamu, lunakkanlah hatiku dan mantapkanlah keimananku.

Allah swt sentiasa memberi peluang kepada hamba-hambaNya, terpulang kepada manusia untuk merebut peluang tersebut. Ya Allah jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur di atas segala nikmat, rahmat dan mehnahMu. Ya Allah jadikanlah aku hembaMu yang bijak memanfaatkan setiap detik yang Kau berikan.

Rindu Untuk Berkunjung Ke Tanah Suci

Selalunya dapat juga aku berpuasa di tanah suci, tetapi tahun ini aku memberi laluan kepada suami dan ibuku kerana hendak menjaga 5 permata hatiku. Kerinduan kepada suasana berpuasa di Masjidilharam mula membara apabila melihatkan persiapan mereka yang ingin berangkat menunaikan umrah ke sana. Insyaallah, jika dimurahkan rezeki aku akan ke sana lagi.

No comments:

Post a Comment