Hari ini hari terakhir crew penajaan dan hadiah mengemas di pejabat. Semuanya dah boleh diangkut ke Port Dickson. Lori yang dipinjam (ke sewa! ntah AJK Pengangkutan yg urus)dari Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf sampai jam 9pagi. Lepas angkutt...angkutt.. kami berangkat dengan Toyota Hiace.
Masa persiapan terakhir dibuat tetiba dikejutkan dengan berita yang menambahkan stress iaitu karenah Ketua. Sepatutnya semakin usia kita bertambah , semakin bijak kita mengawal emosi, semakin matang menangani masalah, semakin berlemah-lembut, semakin subur kasih sayang dalam diri, semakin ingat kematian, semakin mengenali Tuhan, semakin kurang keinginan keduniaan tapi... words can't explain the type of my boss. Sabarlah rakan2, ingatlah ujian dan cabaran datang dalam pelbagai bentuk. Kadangkala dari segi kesenangan, kadangkala kesusahan, mungkin juga kemarahan dan sebagainya ini antara liku2 yang terpaksa kita harungi agar kehidupan seterusnya bakal dihadapi dengan lebih tabah dan kuat. Mulanya emosiku juga agak kurang terkawal tapi akhirnya aku berjaya hindarkan permainan emosi dan nafsu tersebut.
Sehari di PD dan sepanjang perjalanan amat meletihkan. Mujur rakan2 sevan amat toleransi, meriah hiace kami dengan lelucon lucu dan usik-mengusik mainan serta hiburan minda dan jiwa yang dah letih. Ada pula kemalangan yang mengakibatkan jalan teramat sesak.
Esok berkampunglah kami 3 hari 2 malam di Tiara Beach Resort. Nantikan riang-ria dan ceria bersama Keluarga LZS.
Friday, May 28, 2010
Monday, May 24, 2010
Menjelang Hari Keluarga LZS 2010

Program Hari Keluarga LZS 2010 semakin hampir. Pejam celik dah sampai ke penghujung minggu. Segalanya perlu dibereskan, semua persediaan adalah `final touch'. Tarikh 29 dan 30 Mei bakal mencatat sejarah kepada warga LZS kerana kali terakhir gathering yang diadakan ialah pada tahun 2007. Dengan warga kerja LZS termasuk staf projek berjumlah 300 orang belum dikira ahli keluarga yang turut serta. Inilah perkumpulan terbesar pernah diadakan oleh LZS setakat ini. Alhamdulillah doorgift berupa buku `Indahnya Hidup Bersyariat' pasti menjadi milik setiap kakitangan. Another book to be read. I really love reading.
Minggu ni tentunya begitu sibuk dengan persediaan ke Port Dickson. Destinasi bajet oleh LZS iaitu Tiara Beach Resort. Salah seorang stafku akan menunaikan umrah, sudah tentu kerja2nya ditanggung olehku. Huh! A never everlasting work. Remember, laksanakan tugas sedayamu dengan penuh keikhlasan jika tidak sia-sia. Misiku selepas menghadam buku Dr Ridzwan ialah meletakkan sasaran kehidupan di dunia untuk kebahagiaan hakiki di akhirat sana. How?? Perlu difikirkan.
Sunday, May 23, 2010
Life during weekends


Semalam buku Bila Terbuka Pintu Hati oleh Dr Ridzwan Bakar telah selamat kubaca. Huh! barulah boleh settlekan urusan rumahtangga dengan aman dan tenteram. Tabiatku kalau dah mula membaca, begitulah akan sentiasa mencari peluang untuk menghabiskan sehinggakan kerja-kerja yang dibuat tidak ada `feel'.
Perkara yang tak boleh miss everyday in my house ialah membasuh. With 5 children plus my hubby my brother and myself, you just imagine. Jika angin malasku datang, jawabnya the next day kena qadha, double round. Sometimes bagus gak membasuh, menyidai baju malam2 ni. Recently dapatlah aku bersembang dengan jiranku, a nice young lady yang sedang membasuh keretanya sambil menyidai baju budak2. Adakalanya pulak uhh.. tak boleh tahan ngantuk sangat akhirnya baju2 selamat dalam bakul menunggu turn esok pagi.
Setiap pagi Ahad, kami gemar ke pasar di Kg Paya Jaras, more cheaper than Pasar Tani and Pasar Mini. Harini my hubby very busy, from morning to night, dari Mesyuarat Penduduk sampailah ceramah motivasi di sekolah so of course everything to be handled alone. After breakfast I took my young ladies, Auni and Aisya bringing Afiq along to Paya Jaras buying for a week.
Hari ini dalam sejarah!! First time masak nasi briyani, lupa nak snap photo for my own achievement (hi..hi) After all quite a tough day but bak kata Prof Kamil Ibrahim, jika dilakukan dengan hati hasilnya masyaallah, very restless but hati masih ceria. I really like that book that I said earlier, it gave me a momentum to rearrange and replan my routine. Thanks Riza, worth it to get it as a gift from you.
Friday, May 21, 2010
Nostalgia

Bertemu rakan lama di PKNS, Shah Alam siang tadi mengimbau kembali zaman persekolahan yang penuh nostalgia. Sebenarnya kami sempat berjumpa semasa Pesta Buku di PWTC pada 25 Mac yang lalu. Cuma kali ini Riza lebih akrab mengenali tempatku bekerja. Aku rindu... rindu yang amat sangat pada zaman kami menghadiri kuliah, lepak di kamsis, berkongsi nasi bungkus, rindu pada aktiviti-aktiviti kami dahulu. Asalnya kami bersekolah di sebuah sekolah agama berasrama penuh yang dihuni oleh pelajar-pelajar 1Malaysia. Ukhuwwah yang terjalin sehingga ke universiti membuatkan kami sering `keep in touch'. Masing-masing dah berkeluarga, membina rumahtangga dan kerjaya. 15 tahun dahulu masa begitu cepat berlalu, fizikal kami turut melewati zaman, usia apatah lagi, zuriat bertambah harmoni namun dalam meniti hidup mendatang aku perlu akui nostalgia takkan berulang. Cuma untuk disimpan di kotak memori, itupun jika dah di`upgrade', kalau tak hilang begitu sahaja. Namun yang kekal buat menemaniku sepanjang hidup adalah dirimu Tuhan, abadi selamanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)