Hari ini hari terakhir crew penajaan dan hadiah mengemas di pejabat. Semuanya dah boleh diangkut ke Port Dickson. Lori yang dipinjam (ke sewa! ntah AJK Pengangkutan yg urus)dari Pusat Pembangunan Usahawan Asnaf sampai jam 9pagi. Lepas angkutt...angkutt.. kami berangkat dengan Toyota Hiace.
Masa persiapan terakhir dibuat tetiba dikejutkan dengan berita yang menambahkan stress iaitu karenah Ketua. Sepatutnya semakin usia kita bertambah , semakin bijak kita mengawal emosi, semakin matang menangani masalah, semakin berlemah-lembut, semakin subur kasih sayang dalam diri, semakin ingat kematian, semakin mengenali Tuhan, semakin kurang keinginan keduniaan tapi... words can't explain the type of my boss. Sabarlah rakan2, ingatlah ujian dan cabaran datang dalam pelbagai bentuk. Kadangkala dari segi kesenangan, kadangkala kesusahan, mungkin juga kemarahan dan sebagainya ini antara liku2 yang terpaksa kita harungi agar kehidupan seterusnya bakal dihadapi dengan lebih tabah dan kuat. Mulanya emosiku juga agak kurang terkawal tapi akhirnya aku berjaya hindarkan permainan emosi dan nafsu tersebut.
Sehari di PD dan sepanjang perjalanan amat meletihkan. Mujur rakan2 sevan amat toleransi, meriah hiace kami dengan lelucon lucu dan usik-mengusik mainan serta hiburan minda dan jiwa yang dah letih. Ada pula kemalangan yang mengakibatkan jalan teramat sesak.
Esok berkampunglah kami 3 hari 2 malam di Tiara Beach Resort. Nantikan riang-ria dan ceria bersama Keluarga LZS.
No comments:
Post a Comment